Twitter

Pages

Powered by Blogger.

Banner

About Me

house of novel
I love to read. I am addicted to novels.It was just like a drugs for me. I can't live without 'em.

Every time I went shopping, a very first thing I will grab is a new book.

Therefore, I would like to share my passion and my interest with others.

Hope people out there will also help me, will suggest a very good novel to me.
View my complete profile

About Me

Kuala Lumpur, Malaysia
I love to read. I am addicted to novels.It was just like a drugs for me. I can't live without 'em.

Every time I went shopping, a very first thing I will grab is a new book.

Therefore, I would like to share my passion and my interest with others.

Hope people out there will also help me, will suggest a very good novel to me.

Sunday, 20 February 2011

Resensi : Aku Yang Kau Tinggalkan

Sunday, 20 February 2011


Aku Yang Kau Tinggalkan
Terbitan:Kaki Novel
Penulis:Alina Haiza
Harga:RM25.00
House of Novel Rating : ***


Sinopsis Kaki Novel :

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.


Kata House of Novel

Ketika mula membuka buku terbitan KN, HoN mula bersikap skeptikal kerana dah beberapa kali HoN terkena dengan buku KN yg hambar. Tapi untuk buku ini, HoN terpaksa angkat tangan dan mengakui yang buku ini tidak menghampakan.

Alina Haiza berjaya membuatkan HoN menyukai buku ini dan terus membaca. Buku ini mula HoN baca semasa sedang menunggu masa untuk boarding. Ketika buku ini HoN uliti, ada sesuatu yg membuatkan HoN terus membaca.

Pada HoN, Alina Haiza berjaya membawakan cerita ini dengan baik. Menarik minat HoN walau pun HoN agak geli dengan perkataan sayang yang dibahasakan di dalam buku itu. Adunan watak Nia Athirah dan Zaril Ikhwan dengan baik membuatkan HoN sentiasa ingin meneruskan pembacaan.

HoN bertambah suka dengan buku ini kerana latar asal Nia Athirah adalah tempat yang cukup HoN kenal. Tambun Tulang :)

HoN bukanlah berasal dari Tambun Tulang, tapi memandangkan semasa zaman kecil-kecil dulu HoN tinggal di Simpang Empat dan punya kawan yang tinggal di Tambun Tulang jadi HoN sedikit teruja. Cuma rasanya bila Alina Haiza menyatakan yang ada kebun getah di Tambun Tulang, fakta itu sedikit terpesong sebenarnya. Di Tambun Tulang tiada kebun getah. Mungkin ke Alina Haiza memaksudkan kawasan di sekitar Guar Utan Aji?

Apa pun, cerita ini menarik. Cuma mungkin terdapat beberapa sudut yang boleh diperbaiki oleh Alina Haiza. Yang pasti, ini bukan sebuah cerita syok sendiri.

Friday, 18 February 2011

Resensi : Lily Buat Najah

Friday, 18 February 2011




Lily buat Najah
Terbitan : Jemari Seni
Original Price : MYR 21.00
Promo Price : MYR 16.80 
** Save: 20.00%
House of Novel Rating : ****




Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!



House of Novel

Seingat HoS, buku ni HoS beli masa pesta PBAKL. Dah lama dah beli. Tapi memandangkan HoS sekarang ni baru tergerak hati untuk buat review, jadi HoS review di sini untuk buku-buku yang terpilih. Most of buku-buku HoS ada di kampung. Sayang nak biarkan di KL. Lagi satu HoS lebih suka buat mini library di bilik bujang HoS.

Okey, first time baca buku ni. HoS suka the way Nazurah Aishah plotkan jalan cerita. Emosi yang Nazurah Aishah bawa tu sampai. Mungkin endingnya adalah predictable, tapi yang penting apa yang Nazurah Aishah nak sampaikan tu, sampai.

Masa membaca cerita ni, memang HoS tangkap leleh la. Cayalah pada Nazurah Aishah! Terus HoS letakkan benchmark pada buku tulisan Nazurah Aishah lepas baca tulisan yg ini. HoS expect yang tulisan Nazurah Aishah adalah sentiasa matang dan memberikan perasaan yang mendalam dari hati.

To you guys yang nak rasa tangkap leleh. Anda boleh cuba membaca tulisan ini. Lily buat Najah. Mungkin readers kat luar sana akan rasa dek 'aku' bila dia tahu Najah akan pergi. Lihat betapa Najah begitu menyayangi 'aku' dan menyintai 'aku' hinggakan Najah merahsiakan tentang penyakitnya dari 'aku'.

Wednesday, 16 February 2011

Resensi : Antara Benci Dan Rindu

Wednesday, 16 February 2011

Antara Benci Dan Rindu
Harga : RM19.00


Terbitan : Kaki Novel
Penulis : Ida Farisya
House of Novel Ranting : **


Sinopsis dari Kaki Novel:

Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.

Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?

Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.

Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.

Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.
Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.


Komen dari House of Novel:

Buku ni aku beli atas dua sebab. Yang pertama kerana blurbnya dan yang kedua kerana penulisnya adalah pelajar UUM. Mungkin aku sedikit teruja bila tahu ada pelajar UUM yang mampu menulis novel dan menjadi seorang novelis walau hakikat di UUM tak menawarkan kursus penulisan kreatif.

Dari segi penulisan, aku tabik pada penulis ini kerana mampu menerbitkan sebuah novel yang mungkin aku sendiri tak tahu mungkin. Tapi secara jujurnya, novel ini padaku adalah kategori susah nak habis baca.

Aku adalah jenis yang susah nak berhenti bila membaca. Tapi untuk novel ini, aku rasa kurang realistik. Daripada apa yang aku dengar, Ida Farisya mula menulis di Penulisan2U. Jadi barangkali juga kerana ini novel yang pertama justeru terdapat sedikit kelemahan dalam penulisan beliau.

Beberapa part di dalam novel ini aku rasakan tidak realistik selain sedikit gedik. Aku rasa tak perlulah watak utama dalam novel ini mengahwini Yusrizal semata-mata kerana mahu menyelamatkan ibunya yang dimasukkan ke hospital dek kerana memerlukan wang yang banyak untuk pembedahan. Hakikatnya, di hospital swasta setahu aku ada menyediakan beberapa plan pembayaran untuk pesakit yang kurang berkemampuan. Aku bercakap atas pengalaman di mana ayah aku dulu pernah dimasukkan ke hospital Lam Wah Ee, Penang. Ada pelan pembayaran yang diberikan kepada pesakit yang kurang berkemampuan.

Hakikatnya,bukan semua orang boleh menulis. Menulis e-novel dan menulis novel adalah dua perkara yang berbeza. Apa pun buat Ida Farisya, jadikan kritikan ini sebagai panduan di masa depan. Banyakkan research untuk penulisan anda. Bukan setakat studi sahaja perlukan kajian, penulisan juga begitu.

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP