Twitter

Pages

Powered by Blogger.

Banner

About Me

house of novel
I love to read. I am addicted to novels.It was just like a drugs for me. I can't live without 'em.

Every time I went shopping, a very first thing I will grab is a new book.

Therefore, I would like to share my passion and my interest with others.

Hope people out there will also help me, will suggest a very good novel to me.
View my complete profile

About Me

Kuala Lumpur, Malaysia
I love to read. I am addicted to novels.It was just like a drugs for me. I can't live without 'em.

Every time I went shopping, a very first thing I will grab is a new book.

Therefore, I would like to share my passion and my interest with others.

Hope people out there will also help me, will suggest a very good novel to me.

Thursday, 24 March 2011

Hadirmu Takdirku

Thursday, 24 March 2011


Hadirmu Takdirku
Price : RM 18.00 (Semenanjung)
RM 21.00 (Sabah/Sarawak)
Terbitan : Kaki Novel
Penulis : Alina Haizar
House of Novel Rating : ***

Sinopsis :

Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai perkara ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam... kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!

Kata House of Novel:

Aku suka dengan cerita ini. Cerita ini sebenarnya recommended dari seorang kakak. Seorang wartawan sebenarnya. Katanya cerita ini bagus. Lalu buku ini aku beli dan baca.

Hakikatnya apa yang dinyatakan dalam cerita ini adalah realiti kehidupan yang berlaku pada masa kini. Ketika aku mula-muka membaca kisah ini, tanggapan aku adalah. Ini merupakan tulisan pertama Alina Haizar. Sementelah aku jarang membaca tulisan dari Kaki Novel kecuali memang direcommendkan oleh seseorang.

Padaku ketabahan Hana yang bangun dari kesilapannya itu mengagumkan. Hana tidak terus larut dalam kehidupannya sebaliknya bangun dari kesilapan dan menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya!

Menelusuri kisah ini. Ada masanya aku tersenyum ada masanya tidak.Gaya penulisan Alina Haizar padaku biasa-biasa saja. Tapi itu bukannya sesuatu yang buruk. Aku percaya Alina Haizar mampu pergi lebih jauh lagi dalam dunia penulisan. Dia punya idea. Biar saja masa yang mematangkan bentuk penulisan. Lagi pun aku bukanlah seorang penulis!

Barangkali anda juga patut baca! Pasti anda bersetuju dengan saya di mana ketabahan Hana itu sungguh mengagumkan! Kebanyakkan gadis, bila berada dalam kedudukan Hana pasti saja sudah jatuh tersungkur dan langsung larut dalam kehidupan. Sikap positif itu yang aku sukai!

1 comments:

Nur iman said...

buku ni sis nk jual x?sy sekarang mencari buku ni..

Post a Comment

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP